▸ Bestfriend :) ... ♬
Saturday, September 29, 2012
♥ posted at: @10:16 AM
0 wishes // make a wish?


Satu hari nanti kau akan apa rasanya bila kau orang yg penting dalam hidup kau biarkan kau mcmtu jea . Diam , senyap seribu bahasa . Langsung tak bagi reaksi & cuba utk perbetulkan keadaan . Satu hari nanti kau juga akan rasa mcmne rasanya orang yg kau dah anggap sebagai keluarga buang kau jauh-jauh dari hidup kau . Satu hari nanti kau akan rasa macam mana sakitnya bila orang yang susah & senang bersama dgn kau sekarang ni buat macam mana kau buat dekat aku ;) 

Bila kau dah rasa semuanya kau akan tahu apa yg aku rasa bila kau buat aku macam gini . Aku tunggu kau balik even kau jauh daripada aku . Kau janji takkan cari 'WAWA II' dekat sana . Kau janji takkan lupakan aku . Kau janji takkan berubah . Tp akhirnya kau lupakan aku jugak ;) 

Macam mana kau boleh lupakan semua kenangan kita eh ? Cuba bagitahu aku . Mana tahu aku boleh cuba juga cara kau tu . Bila igt apa yg kita pernah buat selama ni , serious aku takbole lupa . Terlampau byk kut kenangan kita lagi-lagi dekat sekolah . Kau dah lupa ke semua kenangan kita tu ? Dalam masa yg singkat kau dah boleh lupakan segalanya ttg kita . Hebat ! :) 

Aku tengok kau okay jea dekat sana . Makin bahagia . Mesti bahagia gila kau kan ? Yelah , kawan-kawan kau kat sana semua hebat2 belaka . Aku ni apa jea yg ada ? Haha aku sedar diri aku . Mana layak nak kawan dgn kau kan ? Sepatutnya drpd 5 tahun yg lepas aku sedar semua ni tp aku tak sedar . Aku ni pula jenis yg susah nak rapat dgn orang tp taktahu lah kenapa dgn kau senang gila aku nak rapat smpai aku anggap kau segalanya bg aku . Bila kau terluka , aku pun terluka sama ...


Kenapa kau gembira dkt sana ? Sedangkan aku dekat sini selalu menangis bila igtkan nasib kita yg jd macamni . Apa salah aku ? Kalau ada tolong bagitahu aku . Tolonglah ingat balik yang dulu kita tak mcm gini pun . Sebesar mana pun salah kau dkt aku dulu , aku tak pernah nak buang kau . Tp bila turn aku kenapa kau takbole nak buat benda yg sama ? 

Aku tak heran kalau kau keraskan hati kau dkt org lain , tp bila kau buat dkt aku jugak aku rasa mcm kosong . Kau betul-betul dah berubah . Kau langsung dah tak ingat aku . Btw , aku masih igt sebelum kau gerak pegi sana . Kau peluk aku & aku cakap jangan sesekali cari pengganti aku , jgn lupakan aku then kau cakap kau TAK AKAN . Kita dah buat janji masa malam tu . Aku taktahu samada kau masih ingat ataupun tidak tp aku masih igt semuanya dgn jelas . Aku takkan lupa semuanya . TAK AKAN !


Hm ...........


# Maaf , sebenarnya banyak lagi yg aku nak luahkan tp aku takbole . Airmata mata aku takbole berhenti mengalir bila igt semua benda ni . Kalau ditakdirkan aku hilang ingatan buat masa sekarang ni pun aku sanggup . *kesat airmata sambil lap hingus dekat baju Ashraf * 


From : 








◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011