▸ Memaafkan lebih baik drpd berdendam ;) ... ♬
Friday, September 21, 2012
♥ posted at: @6:12 AM
2 wishes // make a wish?



 Assalamualaikum :)

' Tiada seorang manusia pun yang Allah ciptakan sempurna. Jadi kesilapan demi kesilapan adalah perkara biasa. Apa yang perlu adalah kita memperbaiki kesilapan dan berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah. Daripada berdendam, adalah lebih baik kita sucikan hati kita. kerana dengan sucinya hati kita, takkan ada sifat-sifat mazmumah pada diri kita '

'dendam hanya merosakkan jiwa dan hati.
memaafkan lebih baik malah dapat mendamaikan perasaan. :)'

'ikalau kita hanyut dalam kebencian dan tenggelam dalam kedendaman, sehingga waktu kita habis hanya untuk mendramatisir sebuah masalah yang menimpa kita. andaikata, kita membenci seseorang bererti kita sudah bersedia untuk mewakafkan kehidupan kita dan fikiran kita hanya untuk terus memikirkan dia. kebahagiaan kita akan tersita bahkan kita tidak boleh makan dan tidur hanya kerana memikirkan dia sedangkan dia mungkin sudah tertidur pulas.'


Okay , yg kat  atas tuu semua adalah pendapat orang ramai tentang ' memaafkan lebih baik daripada berdendam' . Itupun aku cari dekat google jea . Malaslah nak tanya sorang-sorang . Bukan semua orang nak jawab betul-betul en ? Kihkihkih . 

For me pula kan , yes ! i'm agreed with that . Dulu masa budak-budak mmg selalu jgk aku ckp yg aku taknak maafkan org yg buat salah dekat aku tp bila dah besar ni aku rasa lain pula . Kita ni manusia biasa jea pun , bukan Nabi , bukan Malaikat so kenapa mesti kita ada perasaan utk tidak memaafkan ? Sedangkan Nabi sendiri boleh ampunkan umatnya , boleh maafkan org yg baling batu dkt beliau , kenapa kita takbole kan ? :) So kawankawan sekalian , cubalah memaafkan daripada menyimpan dendam . Dendam cuma akn buat hidup kita tak tenang :) 







◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011